Wanita hantar sate beracun tidak diziarahi keluarga - Utusan Malaysia

Wanita hantar sate beracun tidak diziarahi keluarga

SUSPEK wanita yang menghantar sate beracun kepada seorang lelaki ditahan polis di Bantul, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 YOGYAKARTA: Suspek wanita yang disyaki menghantar makanan berupa sate yang dicampur racun sehingga mengorbankan seorang kanak-kanak awal bulan lalu, belum pernah dikunjungi oleh ahli keluarganya. 

Lapor Kompas.com, Nani Aprilia Nurjaman, 25, yang ditahan di Pejabat Polis Bantul, Yogyakarta sejak 1 Mei lalu tidak dikunjungi oleh sesiapa termasuk ketika Hari Raya Aidilfitri. 

Ketua Polis Bantul, Ayom berkata, wanita itu malah tidak pernah mendapat sebarang kiriman makanan ataupun pakaian sepanjang ditahan. 

Katanya, pihak polis memberikan peluang kepada ahli keluarga untuk melawatnya walaupun bukan secara bersemuka disebabkan pandemik Covid-19. 

“Ahli keluarga boleh melakukan panggilan video dan mengirimkan makanan atau pakaian yang akan diserahkan kepada suspek,” katanya. 

Menurut Ayom, pihaknya sentiasa memastikan Nani berada dalam keadaan baik dan memberikan bantuan kepada suspek kerana dia berada dalam situasi tidak stabil. 

Jelasnya, seramai tiga anggota polis wanita ditempatkan bagi memberikan bantuan psikologi kepada dirinya. 

Sebelum ini, seorang penghantar makanan, Bandiman menerima panggilan daripada suspek memintanya menghantar makanan kepada seorang lelaki tanpa menggunakan aplikasi.

Namun, lelaki tersebut tiada di rumah dan meminta Bandiman membawa balik makanan itu sebagai juadah berbuka puasa.

Seorang daripada anak Bandiman mencampurkan kuah sate tersebut dan mula muntah serta pengsan selepas memakannya.

Kanak-kanak berusia lapan tahun itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya