Kubur tertanam di dapur rumah  - Utusan Malaysia

Kubur tertanam di dapur rumah 

GAMBAR kubur yang terletak di dapur sebuah rumah di Lampung. -TIKTOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAMPUNG: Seorang wanita memuat naik video TikTok mengenai tiga kubur di ruang dapur rumahnya di Lampung Selatan sehingga ditonton berjuta kali oleh warganet.  

Lapor Tribunnews, Annisa, 21, berkata, kubur tersebut sudah wujud sejak sekian lama sebelum keluarganya membina dapur di kawasan rumahnya.  

Walaupun berasa takut, namun katanya, sudah biasa melihat pemandangan itu di kawasan dapur. 

“Saya sudah biasa sejak lahir melihat kubur di dapur rumah. Semasa kecil dahulu, saya tidak tahu ada kubur dan sering bermain di atas pusara itu. 

“Masa mula-mula tahu, agak takut, tetapi lama-kelamaan sudah terbiasa dengan keadaan itu,” katanya. 

Menurut Annisa, dia akan membersihkan kubur itu pada setiap hari dan kubur itu dikatakan milik bapa saudaranya yang sudah meninggal dunia sejak dilahirkan.  

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya