BANTEN: Dalam tempoh dua minit, dua gegaran gempa bumi berukuran skala Richter 5.0 dapat dirasakan di Banten, 10.48 pagi tadi.
Lapor Kompas.com, gegaran kedua pula berlaku pada pukul 10.50 pagi dengan skala Richter 5.4.
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) menjelaskan gegaran itu bagaimanapun tidak berpotensi menyebabkan gelombang Tsunami.
Namun, BMKG turut memberi peringatan mengenai gempa bumi susulan yang boleh terjadi.
Jelasnya, pusat gempa pertama berlaku di 17 kilometer barat laut, Sumur Banten dengan kedalaman 10 kilometer di dasar laut.
Bagi lokasi pusat gempat kedua, gegaran berlaku di 18 kilometer barat laut, di kawasan dan kedalaman sama.