Curi pakaian dalam wanita kerana tertekan - Utusan Malaysia

Curi pakaian dalam wanita kerana tertekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA: Akibat mengalami tekanan kerana ditinggalkan isteri sendiri, seorang pemuda berusia 27 tahun melepaskan tekanan dengan mencuri pakaian dalam wanita di Kampung Kedungdowo, Bojonegoro.

Lapor Tribunnews, lelaki itu menyamar sebagai seorang wanita ketika mencuri supaya dapat mengaburi mata orang ramai.

Ketua Polis Kedungadem, Fatkhur Rohman berkata, suspek memasuki pekarangan rumah penduduk dan mencuri beberapa helai pakaian dalam seperti bra dan seluar dalam yang disidai pemilik rumah.

Katanya, lelaki itu mengaku sengaja mencuri pakaian dalam itu kerana tertekan akibat ditinggalkan isterinya.

Jelasnya, suspek kemudian dibebaskan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya.

“Suspek mengalami tekanan sejak beberapa bulan lalu dan kita tidak memberkasnya kerana tiada sebarang kerugian dilaporkan.

“Kita turut menemui pakaian dalam di dalam tempat duduk motosikalnya dan dia mengaku itu adalah kepunyaan bekas isterinya,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya