Covid-19: Kes kematian melebihi 300,000 di India - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes kematian melebihi 300,000 di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India merekodkan kes kematian akibat Covid-19 melebihi 300,000 kes sekali gus menjadi negara ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat dan Brazil.

Negara itu bertarung dengan lonjakan besar jangkitan dan menyaksikan peningkatan kes positif harian dalam beberapa minggu ini.

Menteri Kesihatan memaklumkan negara itu merekodkan 303,720 kes kematian selepas berlaku pertambahan 50,000 kematian dalam tempoh dua minggu dengan bilangan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 26.7 juta orang.

Bilangan kematian meningkat secara berterusan di beberapa bandar utama termasuk ibu negara, New Delhi dan Mumbai walaupun perintah kawalan pergerakan dilaksanakan bagi membendung penularan virus.

Kebanyakan pakar percaya bilangan kematian sebenar lebih tinggi kerana pandemik sudah merebak ke kawasan kampung dengan majoriti 1.3 bilion populasi tinggal di sana ditambah dengan fasiliti kesihatan yang miskin dan ketinggalan zaman.

Pakar turut memberi amaran melarang sebarang festival agama dianjurkan bagi mengelakkan wabak menjadi ‘superspreader’ yang berupaya menjangkiti lebih ramai orang. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya