Karya seni digital dijual RM285 juta - Utusan Malaysia

Karya seni digital dijual RM285 juta

KARYA seni digital yang dilelong sehingga mencecah jutaan dolar melonjakkan nama Beeple. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seniman Amerika Syarikat (AS), Beeple menjadi individu pertama yang menjual karya seni digital secara lelongan dengan memperoleh lebih AS$69.3 juta (RM285 juta).  

Karya seni berjudul Everydays-The First 5,000 days adalah sebuah kolaj menakjubkan yang terdiri daripada sejumlah imej yang dikumpul setiap hari sejak 13 tahun lalu. 

Rumah Lelongan Christie mengumumkan jualan itu turut melonjakkan nama Beeple atau nama asalnya, Mike Winkelmann yang menjadi antara senarai tiga teratas seniman paling berpengaruh, selain disifatkan sebagai detik penting dalam perkembangan seni digital. 

Bagi membuktikan keasliannya, karya itu menampilkan token yang tidak mudah alih secara digital dengan tertera tanda tangan artis yang tidak boleh diubah. 

Sesi pembidaan bermula serendah AS$100 (RM411) menerusi acara lelong dalam talian yang bermula sejak 25 Februari lalu sehingga nilai bidaan mencecah AS$69.3 juta. 

Daripada 33 pembida aktif, 91 peratus daripadanya merupakan pembeli generasi X dan golongan milenium yang kebanyakan berasal dari Amerika, Eropah dan Asia. 

Beeple adalah seorang pereka grafik yang berasal dari Charleston, South Carolina, AS. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN