Covid-19: Jangkitan global meningkat - Utusan Malaysia

Covid-19: Jangkitan global meningkat

PETUGAS lapangan terbang membawa bekalan dos vaksin Covid-19 yang disumbangkan oleh COVAX di Accra, Ghana. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZURICH: Jumlah kes jangkitan Covid-19 global meningkat pada minggu lalu buat pertama kali dalam tempoh tujuh minggu.

Menurut Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, penularan jangkitan akan terus berlaku sekiranya penduduk dunia mula berasa selesa dengan kehadiran vaksin Covid-19.

Katanya, peningkatan tersebut mengecewakan namun sudah dapat dijangka.

“Adalah terlalu awal untuk semua negara bergantung kepada vaksin bagi meredakan pandemik Covid-19 dan mengabaikan langkah pencegahan yang lain.

“Jika kita hanya bergantung kepada vaksin, itu adalah silap besar. Pendekatan meningkatkan tahap kesihatan umum masih menjadi keutamaan dalam melawan ancaman Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, Tedros memaklumkan Ghana dan Ivory Coast menjadi negara pertama yang melaksanakan program vaksinasi menggunakan dos vaksin yang dibekalan oleh COVAX.

COVAX merupakan program antarabangsa yang menyediakan bekalan vaksin Covid-19 untuk negara miskin dan berpendapatan rendah.

Sementara itu, pakar kecemasan WHO, Mike Ryan menyatakan perjuangan global menentang ancaman Covid-19 berada dalam keadaan stabil ketika ini.

Katanya, keadaan itu lebih baik berbanding tempoh 10 minggu lalu sebelum vaksin Covid-19 digunakan.

Namun, beliau menolak untuk menyatakan keadaan sudah terkawal. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.