fbpx

Tandan pokok pisang sepanjang dua meter

RISMA menunjukkan pokok pisang uniknya yang mempunyai tandan sepanjang dua meter dan buah yang banyak. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MATARAM: Seorang peniaga Desa Suranadi, daerah Narmada di Lombok Barat menjadi tumpuan pelancongan sejak kebelakangan ini.

Banyak kenderaan berhenti di hadapan gerainya, namun bukan untuk membeli barangan yang dijualnya, tetapi ingin bergambar dengan pokok pisang yang tumbuh di perkarangan rumah peniaga tersebut.

Risma, 50, memberitahu, rumahnya mula menjadi tumpuan orang ramai termasuk pelancong asing kerana mereka ingin melihat pokok pisang unik.

“Pokok pisang saya tidak seperti kebanyakan pokok pisang yang lain kerana tandannya sepanjang hampir dua meter selain mempunyai banyak buah.

“Penduduk kampung memberi gelaran pokok pisang seribu kerana buahnya yang banyak berbanding pokok biasa,” katanya kepada Kompas.com.

Risma memberitahu biji benih pisang itu diberikan oleh menantunya dan dia menanam pokok tersebut di laman rumahnya sejak dua bulan lalu.

Wanita itu tidak menyangka buahnya banyak dan memiliki tandan melebihi tinggi orang dewasa.