Bilik hotel diubah jadi pejabat - Utusan Malaysia

Bilik hotel diubah jadi pejabat

BILIK kapsul itu dilengkapi dengan internet berkelajuan tinggi, peranti komputer dan perkhidmatan persidangan web. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Sebuah hotel di Jepun mengubah biliknya menjadi ruang bekerja sebagai usaha menarik kehadiran pengunjung bagi meningkatkan keuntungan perniagaan susulan pandemik Covid-19.

Lapor Daily Mail, hotel Anshin Oyado yang terletak di Shinjuku, Tokyo mengubah suai seluruh tingkat hotel itu bagi membolehkan golongan pekerja pejabat menggunakan kemudahan yang disediakan untuk membuat kerja.

Usaha itu sekali gus memberi alternatif kepada golongan tersebut untuk ‘bertukar angin’ selain melakukan kerja dari rumah.

Bilik kapsul itu dilengkapi dengan internet berkelajuan tinggi, peranti komputer dan perkhidmatan persidangan web.   

Hotel itu turut menawarkan sebuah televisyen LCD, peranti fon kepala, meja, plug dan tempat simpanan menggunakan imbasan saraf jari kepada pelanggan yang menginap bilik tersebut, selain tempat tidur yang selesa.

Hotel yang memiliki gaya kabin pesawat itu juga menerapkan lapisan anti bakteria bagi mengurangkan penyebaran jangkitan di bangunan tersebut.

Para pelanggan turut dapat menikmati mandian jet yang dikatakan dapat mengurangkan keletihan dan kolam air panas buatan manusia daripada batuan maifan Helston yang mengandungi lebih 40 jenis mineral.   

Ciri terbaharu hotel itu diperkenalkan selepas Agensi Pelancongan Jepun memaklumkan penduduk boleh melakukan perbelanjaan perjalanan domestik terhadap inisiatif baharu yang bertujuan merancakkan semula industri pelancongan domestik negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya