Pakistan,India ‘gaduh’ kerana basmati - Utusan Malaysia

Pakistan,India ‘gaduh’ kerana basmati

PAKISTAN menentang permohonan India melabel beras basmati dann bijirin sebagai milik negara itu di Kesatuan Eropah (EU).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KARACHI: Hubungan dingin antara Pakistan dan India kembali tegang apabila kedua-dua negara kuasa nuklear itu kini bertengkar mengenai asal usul beras basmati.

Lapor Arab News, Pakistan menentang sekeras-kerasnnya tindakan India melabel beras basmati sebagai milik negara itu di Kesatuan Eropah (EU).

Kenyataan negara jiran itu susulan India memohon petunjuk geografi (GI) bagi beras basmati pada bulan lalu.

Dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Penasihat Perdagangan, Abdul Razak Dawood, Pakistan memaklumkan akan menentang permohonan negara republik itu.

“Abdul Razak secara tegas menyatakan Pakistan menentang permohonan India di EU dan akan mengekang negara republik itu daripada memperoleh label eksklusif GI beras basmati,” jelas kementerian dalam satu kenyataan.

Pakistan yang menghasilkan sebahagian besar beras basmati, percaya negaranya berhak memiliki label GI bagi produk tersebut.

Dalam pada itu, pengeksport beras negara juga berisiko kehilangan pasaran Eropah besar jika India berjaya dalam pelabelan geografi.

“Jika India memiliki label GI bermakna Pakistan akan kehilangan pasaran Eropah.

“Ia tidak terhad kepada EU sahaja, kita mungkin tidak dapat mengeksport beras basmati ke negara-negara lain juga.

“Beras basmati merupakan warisan kita, label GI adalah hak eksklusif untuk menjual produk di pasaran berdaftar,” kata Penasihat Jawatankuasa Pusat Dewan Perniagaan dan Perindustrian Persekutuan Pakistan mengenai Beras, Rafique Suleman.

Berdasarkan permohonan India yang disiarkan dalam jurnal rasmi EU pada 11 September lalu, basmati merupakan beras bijiran panjang khas aromatik yang ditanam dan dihasilkan di wilayah geografi tertentu di benua India, di bawah kaki bukit Himalaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN