fbpx

PPP, PAN ‘belot’ Pasha Ungu

GANDINGAN Anwar Hafid dan Pasha Ungu gagal mara Pilkada Sulawesi Tengah kerana kekurangan sokongan. - AGENSI
  • Oleh Sheila Rani A/P Chandrasekaran
  • 8 September 2020, 9:00 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Anwar Hafid bersama gandingannya, Sigit Purnomo atau Pasha Ungu gagal bertan-ding dalam pilihan raya daerah (Pilkada) Sulawesi Tengah kera­na tidak mendapat sokongan men­cukupi.

Lapor Tribunnews, hal demi­kian kerana dua parti politik yang menyokong gandingan calon ga­benor dan timbalan gabenor itu tiba-tiba berpaling tadah.

Jelas laporan itu, gandingan Rusdi Mastura dan Mamun Amir mengumumkan masing-masing mara dalam Pilkada selepas berjaya memperoleh sokongan sembilan parti politik.

Minggu lalu, Rusdi dan Mamun mengumumkan bertanding bagi jawatan gabenor dan timbalan gabenor di Sulawesi Tengah.

Pada awalnya, kedua-dua ca­lon itu disokong tujuh parti ketika pengumuman tersebut.

Mereka kemudiannya meneri­ma sokongan Parti Persatuan Pemba­ngunan (PPP) dan Parti Amanat Nasional (PAN).

Sebelum ini, PPP dan PAN menyokong gandingan Anwar dan Pasha.

Bagaimanapun, kedua-dua calon itu gagal mendapat soko­ngan tambahan selepas PPP dan PAN bertindak menyokong Rusdi dan Mamun sebagai calon gabenor dan timbalan gabenor Sulawesi Tengah.

Anwar dan Pasha Ungu sebe-lumnya menerima sokongan Demokrat, PPP dan PAN.

Daripada tiga parti politik berke­naan, Anwar dan Pasha mengumpul tujuh kerusi.

Gandingan itu juga pernah mendapat sokongan Golkar namun sebelum hari pencalonan, parti itu berpihak kepada Rusdi dan Mamun.