Pada 12 Jun 1981, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Botak Chin tidak sedikit pun menunjukkan sebarang kegelisahan dan rasa cemas dalam saat-saat menghadapi kematiannya. Beliau digantung di Penjara Pudu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Beliau tidak menangis, sebaliknya meminta keluarga yang datang melawatnya supaya jangan menangis. Beliau turut berpesan agar mayatnya dibakar, manakala mata dan buah pinggangnya didermakan kepada mereka yang memerlukannya.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 12 Jun 1984 – Kawalan keselamatan sepenuh masa bakal dilaksanakan di semua kompleks mahkamah di seluruh negara bagi memastikan peristiwa kebakaran yang berlaku di Mahkamah Tinggi Seremban dan Ipoh tidak berulang.
- 12 Jun 1986 – Kerajaan Thailand telah menyatakan minat untuk membeli kapal hoverkraf yang akan dibina oleh Perbadanan Pembinaan Kapal Pulau Pinang (PSC).
- 12 Jun 1987 – Jabatan Agama Islam dan Jabatan Imigresen Negeri Pulau Pinang menyiasat aduan orang ramai mengenai pameran buku-buku agama Kristian di atas kapal M.V. Doulos di Pelabuhan Swettenham.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










