Pada 11 Jun 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab/Pusat Latihan Harian Malaysia Barat Cawangan Perak mencadangkan kepada kerajaan supaya guru-guru dibenarkan merotan murid-murid yang melakukan kesalahan.
Pengerusinya, Kamaruddin Ahmad memaklumkan, langkah ini perlu dilakukan memandangkan keruntuhan moral yang semakin membimbangkan dikalangan murid-murid di negara ini.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 11 Jun 1975 – Syarikat penerbitan buku di Moscow, Russia, Nauka Publication telah menerbitkan sebuah buku berjudul ‘Hubungan Ekonomi Luar Malaysia’ yang ditulis oleh V. Zherebilov, seorang pakar ekonomi Soviet.
- 11 Jun 1978 – Larry Holmes muncul sebagai juara baru kejuaraan tinju heavyweight dunia setelah berjaya menumpaskan Ken Norton dalam satu pertarungan di Las Vegas, Amerika Syarikat.
- 11 Jun 1979 – Perbadanan Kemajuan Negeri Sarawak (SEDC) dan Continental Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. telah menubuhkan sebuah syarikat usahasama untuk memasang kenderaan BMW di Kuching.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










