Pada 28 April 1978, akhbar Utusan Malaysia melaporkan wabak penyakit taun yang melanda negara pada ketika ini boleh dianggap paling buruk pernah berlaku sejak 14 tahun yang lalu.
Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini sahaja sudah menunjukkan jumlah kes penyakit taun sebanyak 375 kes termasuk 17 orang telah dilaporkan meninggal dunia, manakala seramai 431 orang dilaporkan pembawa kuman penyakit itu.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 28 April 1975 – Seorang model sambilan, Salmiah Ismail, 20 tahun dari Kuala Lumpur berjaya menjadi johan Ratu Persatuan Badminton Melayu Malaysia (PBMM) sempena sambutan Jubli Perak PBMM.
- 28 April 1976 – Bekas pengganas komunis, Voon Chong Liew memaklumkan, pihak komunis ketika ini sedang memberi perhatian kepada pelajar – pelajar sekolah, kesatuan sekerja dan persatuan-persatuan untuk merekrut anggota-anggota baru.
- 28 April 1977 – Syarikat Exxon Malaysia bakal memulakan pemasangan pelantar minyak yang pertama milik mereka di perairan Negeri Terengganu bermula Mei depan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










