Pada 4 Mac 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Syarikat Perkapalan Bumi Armada Navigation Sdn. Bhd., satu-satunya syarikat perkapalan milik bumiputera yang ditubuhkan sejak lima tahun lalu kini berkembang maju setanding syarikat perkapalan gergasi antarabangsa.
Dalam tempoh berkenaan, syarikat yang memiliki modal berbayar RM500,000 ketika mula ditubuhkan pada tahun 1977, kini mempunyai aset bernilai RM1 bilion termasuk pemilikan terhadap 25 buah kapal angkut dan penunda.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 4 Mac 1979 – Sebuah satelit bumi yang berharga RM17 juta akan dibina di Lendu, Melaka dan dijangka siap pembinaannya pada pertengahan tahun 1980.
- 4 Mac 1980 – Pegawai-pegawai pertanian dari Sumatra Selatan akan dihantar berlatih di Malaysia dalam bidang pengurusan dan teknologi tanaman getah dan kelapa sawit.
- 4 Mac 1983 – Tasik utama di projek Hidro Elektrik Kenyir telah mula ditenggelami air bermula November lepas melibatkan kawasan seluas 36,000 hektar.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]