Malaysia pasukan bola sepak kelas pertama di Asia - Utusan Malaysia

Malaysia pasukan bola sepak kelas pertama di Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 18 Mac 1980, Utusan Malaysia melaporkan Pengurus Pasukan Korea Selatan, Chang Kyung Whan menganggap permainan Malaysia ketika menentang China kelmarin masih baik dan kekal sebagai pasukan kelas pertama bola sepak di rantau Asia.

Tiada keraguan lagi, Malaysia merupakan salah satu pasukan pencabar kepada Korea Selatan dalam pertandingan Pra-Olimpik. Beliau ditemui ketika menyaksikan perlawanan persahabatan yang menyaksikan Malaysia menang 3-1.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 18 Mac 1978 – Seramai 73 orang penumpang sebuah kapal terbang milik Syarikat Bulgaria terbunuh apabila terhempas sebaik sahaja berlepas dari Sofia.
  • 18 Mac 1980 – Penyanyi Sudirman Haji Arshad adalah di antara 44 orang siswazah Universiti Malaya yang lulus peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang bagi tahun akademik 1979/80.
  • 18 Mac 1982 – Pangkalan TLDM Wilayah Laut 1 yang berpangkalan di Tanjung Gelang, Pelabuhan Kuantan ditugaskan untuk mengawal keselamatan negara sepanjang perairan Pantai Timur Malaysia Barat.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya