Singapura dipulaukan akibat kunjungan Presiden Israel - Utusan Malaysia

Singapura dipulaukan akibat kunjungan Presiden Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 24 November 1986, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Singapura kini kehilangan ‘sengat‘ sebagai tempat membeli-belah bagi rakyat negara ini yang sebelum ini pusat membeli-belah di republik berkenaan sentiasa sesak dengan rakyat Malaysia.

Keadaan ini mungkin disebabkan oleh sentimen anti-Singapura yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia, khususnya Johor ketika ini ekoran lawatan tiga hari Presiden Israel, Chaim Herzog ke republik berkenaan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 24 November 1982 – Semua banduan yang dimasukkan ke hospital akan dirantai kaki mereka serta dikunci, manakala anak kuncinya disimpan di dalam penjara.
  • 24 November 1983 – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mengkaji penggunaan ‘sistem pengiriman automatik‘ bagi membolehkan penyata caruman ahli dapat dikirimkan tiga bulan sekali.
  • 24 November 1984 – Lima orang kerani perempuan dan seorang pembantu pejabat Jabatan Pegangkutan Jalan (JPJ) Petaling Jaya ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mengeluarkan lesen memandu palsu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.