Naib Presiden Amerika letak jawatan - Utusan Malaysia

Naib Presiden Amerika letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 12 Oktober 1973, Utusan Malaysia melaporkan Naib Presiden Amerika Syarikat, Spiro Agnew telah meletakkan jawatan selepas menarik balik usahanya untuk membela diri daripada tuduhan mengelak cukai pendapatan.

Keputusan Agnew telah menggemparkan Washington kerana beliau sebelum ini telah membela diri dan menolak semua tuduhan yang dikenakan ke atasnya disamping menyatakan yang beliau tidak akan meletakkan jawatan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 12 Oktober 1971 Kementerian Pelajaran didesak supaya mewajibkan mata pelajaran agama Islam diajar di seluruh negara sama ada di sekolah rendah mahupun menengah.
  • 12 Oktober 1972 – Bank Persatuan Kerjasama Seberang Prai akan menebus kembali tanah-tanah Orang Melayu di Seberang Prai yang tergadai kepada ceti-ceti dan orang tengah.
  • 12 Oktober 1974 – Kementerian Pelajaran bertindak menutup sementara Sekolah Menengah Seri Balik Pulau, Pulau Pinang berikutan
    tindakan 600 pelajarnya memulaukan kelas.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya