Tuntutan ke atas Sabah, Amerika tegas sokong Malaysia - Utusan Malaysia

Tuntutan ke atas Sabah, Amerika tegas sokong Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 21 September 1968, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Amerika Syarikat (AS) tidak lagi bersikap berkecuali dalam sengketa antara Malaysia dan Filipina mengenai Sabah sebaliknya memihak kepada Malaysia.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika berkata, AS mengiktiraf Sabah sebagai sebahagian Persekutuan Malaysia dan pengumuman tersebut membuktikan negara itu telah terkeluar dari dasar berkecuali dalam sengketa antara Malaysia dan Filipina mengenai siapa yang berhak ke atas Sabah.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 21 September 1968 – Yang di-Pertuan Agong hari ini merasmikan pembukaan Masjid Negeri Sarawak berharga RM1 juta di Kuching.
  • 21 September 1973 – Elias Lantau Augaustin, 37, yang merupakan atlet bina badan Sabah telah terpilih untuk membintangi filem ‘Puaka‘ arahan Omar Rojik.
  • 21 September 1974 – Lembaga Kemajuan dan Penyelidikan Getah Malaysia sedang mengkaji kemungkinan pokok getah dijadikan sumber baharu, iaitu kayu dan pulpa di samping pengeluaran susu getah.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya