Dua syarikat tempatan bakal lombong REE di Kelantan tahun depan - Utusan Malaysia

Dua syarikat tempatan bakal lombong REE di Kelantan tahun depan

MOHAMED FADZLI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua syarikat tempatan dijangka menerima lesen untuk menjalankan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Gua Musang sebelum operasi berkenaan dimulakan tahun depan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadhli Hassan berkata, kedua-dua syarikat itu akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan menerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Beliau berkata, proses penyelarasan akhir bagi mendapatkan kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang dilaksanakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sedang mendapatkan kelulusan EIA daripada JAS,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Fadzli berkata, isu perlombongan REE sering dilihat sebagai isu negeri, sedangkan pada peringkat Persekutuan, perkara itu masih belum begitu jelas.

Katanya, setakat ini, kebenaran yang diterima kerajaan Persekutuan hanya untuk tujuan pengujian dan bukannya untuk mengeksport mineral berkenaan.

“Jika dibawa balik pun, ia tidak boleh dieksport,” ujarnya.

Mohamed Fadzli berkata, butiran lanjut mengenai perkembangan perlombongan REE di Kelantan akan dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini