Perdana Menteri Turkiye kagum perkembangan UIA - Utusan Malaysia

Perdana Menteri Turkiye kagum perkembangan UIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 September 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri Turkiye, Bulend Ulusu hari ini menyatakan perasaan kagum beliau terhadap perkembangan pesat Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kerana dapat ditubuhkan dalam masa yang singkat.

Beliau dalam ucapannya ketika melawat universiti itu mengulangi sokongan Kerajaan Turkiye terhadap penubuhan UIA memandangkan ia penyambung sumbangan cendekiawan silam Islam.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 9 September 1982 – Bintang bola sepak Piala Dunia Itali, Paolo Rossi memenangi anugerah kasut emas dan bola emas atas pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Piala Dunia di Sepanyol baru-baru ini.
  • 9 September 1983 – Seramai 61 keluarga yang terlibat dalam projek sawah padi kendalian FELCRA seluas 56 hektar di Endau dijangka menikmati hasil pertama akhir bulan ini.
  • 9 September 1984 – Empat jurulatih bola sepak tempatan, James Wong (Sabah), Ahmad Shafie (Kedah), Baharin Khamis (Perak) dan Zainuddin Hussein (Negeri Sembilan) berlepas ke Jerman Barat untuk mengikuti kursus kejurulatihan tajaan kerajaan negara itu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya