Pembukaan rasmi Depoh Kontena Nasional - Utusan Malaysia

Pembukaan rasmi Depoh Kontena Nasional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 3 Ogos 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn merasmikan pembukaan Depoh Kontena Nasional Sdn. Bhd. yang berharga RM3.5 juta.

Terletak di Sungai Way, depoh itu telah mendapat penghargaan serta-merta sebagai satu kemudahan sokongan yang penting bagi perusahaan kontena. Depoh ini penting bagi pengilang Malaysia untuk mengeksport atau mengimport barangan dalam muatan kontena.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 3 Ogos 1975 – Seramai 484 orang ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang Syarikat Ladang Kerteh berpiket bagi menuntut
    pihak majikan membina rumah pekerja menggantikan rumah lama yang uzur.
  • 3 Ogos 1977 – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan mewujudkan sekurang-kurangnya 1,100 kampung di bawah Rancangan
    Desausaha (RDU) hingga tahun 1980.
  • 3 Ogos 1979 – Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru muncul juara bahagian biologi dalam Pameran Sains Sekolah-Sekolah Malaysia
    di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya