PKFZ catat penerimaan tertinggi 110,467 kontena, hasil RM108 juta

PKFZ catat penerimaan tertinggi 110,467 kontena, hasil RM108 juta

PKFZ
ANTHONY Loke Siew Fook meletakkan tapak tangan sebagai simbolik pra pelancaran PKFZ: Smart Intelligence Industrial dekat Pulau Indah, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) memperoleh hasil RM108 juta pada tahun lalu iaitu tertinggi sejak penubuhannya dengan rekod pertumbuhan pengendalian kargo sebanyak 14.9 peratus iaitu 110,467 kontena sehingga Mei lalu.

Jumlah tersebut turut disumbang oleh perkembangan pelaburan dari China yang membawa masuk sebanyak 88,070 kontena iaitu 20 peratus daripada keseluruhan menunjukkan pengukuhan hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, antara faktor menyumbang kepada pencapaian tersebut adalah pengaktifan semula 86 peratus ruang komersial.

Katanya, proses transformasi tersebut menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan sepanjang 2025 hingga Mei lalu apabila kutipan masing-masing meningkat sebanyak 16 dan 29 peratus berbanding tempoh sama pada Mei 2024.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian transformasi PKFZ menjadi Taman Perindustrian Pintar dan Berteknologi Tinggi menandakan satu lembaran abaharu dalam perjalanan logistik digital Malaysia.

Sebagai zon bebas pertama di Malaysia yang mengintegrasikan Sistem Pengurusan Zon Bebas (FZMS), Sistem Operasi Pintu Automatik (AGOS), Pas Pelabuhan Digital serta modul operasi utama di bawah satu platform, PKFZ menetapkan penanda aras baharu bagi ekosistem logistik pintar,” katanya ketika berucap pada Majlis Pra Pelancaran PKFZ: Smart Intelligence Industrial Park di sini, hari ini.

Anthony Loke menambah, PKFZ turut menunjukkan komitmennya terhadap inovasi, kecemerlangan operasi serta visi untuk muncul sebagai hab perdagangan dan logistik serantau menerusi penggunaan ekosistem Single Window.

“Inisiatif strategik itu membuktikan keupayaan PKFZ untuk membuka nilai daripada ases yang sebelum ini kurang dimanfaatkan, sekali gus menjana pendapatan mampan disamping mewujudkan manfaat sosial dan ekonomi positif kepada pelabur serta komuniti setempat,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara PKFZ dengan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).

“Kerjasama tersebut mencerminkan komitmen untuk memperkukuh hubungan antara pembangunan bakat dan keperluan industri dengan mewujudkan peluang kerjaya kepada veteran tentera serta pelatih TVET Perhebat di PKFZ.

“Saya amat menggalakkan sokongan padu daripada pemain industri seperti Golden Horse yang mengenal pasti kira-kira 500 peluang pekerjaan merangkumi pelbagai jawatan dan sektor pengeluaran hingalah ke bidang kejuruteraan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN