KOBENA bakal lancar skim simpanan - Utusan Malaysia

KOBENA bakal lancar skim simpanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 21 Julai 1983, Utusan Malaysia melaporkan Koperasi Belia Nasional (KOBENA) akan melaksanakan skim akaun simpanan dan simpanan tetap seperti bank-bank lain tidak lama lagi untuk mengutip RM45 juta bagi membiayai projek-projeknya di seluruh negara.

Pengarah Urusannya, Wahiduddin Wahab memaklumkan skim tersebut telah diluluskan oleh kerajaan bulan lalu bagi membolehkan KOBENA menerima wang daripada orang ramai, sama ada ahli atau bukan ahli koperasi itu.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 21 Julai 1979Seramai 13,152 orang bakal peneroka telah ditemuduga untuk memasuki rancangan tanah FELDA di Negeri Johor tahun ini yang diadakan selama sebulan.
  • 21 Julai 1982Penyanyi baru yang bakal merancakkan arena muzik tanah air, Johari Teh Osman telah selesai menjalani rakaman untuk menghasilkan album sulungnya dan bakal diterbitkan tidak lama lagi.
  • 21 Julai 1983 – Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menerima ijazah kehormat kedoktoran undang-undang daripada bekas universitinya, Universiti Sussex, Brighton, England.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya