Mahathir gesa tubuhkan Kesatuan Ekonomi Pasifik Barat - Utusan Malaysia

Mahathir gesa tubuhkan Kesatuan Ekonomi Pasifik Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 Mei 1984, Utusan Malaysia melaporkan negara-negara ASEAN, Jepun dan Australia digesa mewujudkan ‘Kesatuan Ekonomi Pasifik Barat‘ (WPEC) bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi serta mengatasi dasar perlindungan Eropah dan Amerika Syarikat.

Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membuat gesaan itu menyatakan bahawa dunia kini semakin kecil dan saling bergantungan dan cara paling berkesan untuk kemajuan masing-masing adalah menerusi kerjasama.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 8 Mei 1983 – Teknologi Jepun akan digunakan dalam pembinaan 4,000 unit rumah pangsa kos rendah di Menglembu sebagai sebahagian daripada skim perbandaran kerajaan.
  • 8 Mei 1984 – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad teruja melihat projek dan industri ulat sutera yang dijalankan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).
  • 8 Mei 1985 – Kawasan pantai peranginan di Port Dickson dijadikan anak angkat kepada syarikat swasta sempena kempen kebersihan pantai Port Dickson.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya