Kejayaan 'Operasi Sri Aman' akan difilemkan - Utusan Malaysia

Kejayaan ‘Operasi Sri Aman’ akan difilemkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 27 Mac 1974, Utusan Malaysia melaporkan peristiwa Operasi Sri Aman yang dilancarkan di Sarawak dan menyebabkan seramai 481 orang pengganas komunis menyerah diri baru-baru ini, akan dirakamkan semula untuk tayangan oleh Televisyen Malaysia tidak lama lagi.

Detik-detik peristiwa bersejarah serta latar belakang operasi tersebut telah dirakam dan ditinjau sepenuhnya oleh pihak TV Malaysia manakala temu ramah dengan bekas pengganas yang kini menjadi anggota masyarakat biasa turut dilakukan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 27 Mac 1971 – Kerajaan Kedah digesa membatalkan lesen-lesen kilang padi kecil yang didapati menipu para petani.
  • 27 Mac 1972 – Seramai 650 kanak-kanak dari kawasan sekitar sempadan Perlis, Kedah dan Perak akan dijadikan anak angkat oleh Briged Kedua dan Keenam Infantri Malaysia.
  • 27 Mac 1973 – Kapten J.A. Bird dilantik menjadi pengarah baharu operasi penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) menggantikan
    Kapten A.C. Dobson yang kembali berkhidmat dengan Qantas.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya