Lipatan Sejarah: Jet TUDM terhempas di Alor Setar, enam terbunuh - Utusan Malaysia

Lipatan Sejarah: Jet TUDM terhempas di Alor Setar, enam terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 10 Mac 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan enam orang termasuk dua kanak-kanak terbunuh dan lima cedera apabila sebuah jet TUDM jatuh terhempas menimpa sekumpulan penonton di Pangkalan Udara Diraja Kepala Batas, Alor Setar.

Jet tersebut adalah daripada empat buah jenis Bulldog yang sedang membuat pertunjukkan udara sempena pestaria anjuran TUDM dan salah satu daripadanya jatuh terhempas pada pukul 5.30 petang.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 10 Mac 1968 – Filem terbaru keluaran Merdeka Studio berjudul “Lain Jalan Ke Syurga” arahan Jamil Sulong merupakan antara sebuah filem terbaik yang pernah dihasilkan.
  • 10 Mac 1971 – V. David (Gerakan Datok Keramat) mengecam menteri-menteri yang menghantar anak mereka belajar ke luar negara sebagai tidak yakin kepada sistem pelajaran di negara sendiri.
  • 10 Mac 1973 – Seorang hartawan yang terkenal di Bukit Mertajam, N.T.S. Arumugam Pillai menghadiahkan 0.8 hektar tanahnya untuk dijadikan tanah perkuburan orang Islam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya