Ajaran Nasrul Haq diharamkan di Perak - Utusan Malaysia

Ajaran Nasrul Haq diharamkan di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 17 Februari 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Mufti Perak, Datuk Mohd. Ghazali Abdullah menasihatkan masyarakat Islam di Perak supaya jangan mengamalkan ajaran Nasrul Haq, jika mereka mengaku taat setia kepada kerajaan dan sultan negeri ini.

Katanya, Majlis Ulama dengan persetujuan Sultan Perak telah membuat keputusan mengharamkan ajaran Nasrul Haq di negeri ini, kerana mendapati ajaran tersebut menyeleweng daripada akidah Islam.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 17 Februari 1980 – Johor Bahru yang merupakan pintu masuk ke Semenanjung dari sebelah selatan akan berubah menjadi “bandar hijau” tidak lama lagi apabila usaha menanam pokok-pokok bunga sedang giat diusahakan oleh Majlis Perbandaran Johor Bahru.
  • 17 Februari 1982 – Negara-negara ASEAN yang lain telah digesa supaya mencontohi Indonesia dengan menubuhkan kelab jantung bagi mendidik para ahli tentang penyakit jantung.
  • 17 Februari 1983 – Pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Yasser Arafat melahirkan penghargaannya kepada kerajaan dan rakyat Malaysia kerana sokongan yang berterusan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya