Trio pecut wanita raih perak

Trio pecut wanita raih perak

(DARI kiri) Anis Amira Rosidi, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, Nur Alyssa Mohd Farid dan Nurul Aliana Syafika Azizan meraih pingat perak pecut berpasukan wanita, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Trio pecut wanita negara meraih pingat perak selepas menamatkan saingan final acara pecut berpasukan di tempat kedua kepada China di Velodrom Izu, hari ini.

Gandingan Anis Amira Rosidi, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Nurul Aliana Syafika Azizan mencatat 48.566 saat, ketinggalan 3.196 saat kepada China yang melakar rekod Asia baharu 45.370 saat.

Malaysia terlebih dahulu mencatat 48.187 saat pada kelayakan sebelum memperbaiki masa kepada 48.023 saat pada pusingan pertama, dengan Aliana menggantikan Anis sebelum saingan pusingan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, China terus menguasai final untuk menamatkan perlumbaan dengan catatan 45.370 saat, sekali gus memecahkan rekod Sukan Asia 46.376 saat yang mereka cipta di Hangzhou 2022.

Pingat perak itu menyaksikan Malaysia memperbaiki pencapaian gangsa di Hangzhou 2022, ketika Aliana, Izzah dan Anis mencatat 49.025 saat yang juga menjadi rekod kebangsaan ketika itu.

Dalam acara lelaki pula, trio Muhammad Ridwan Sahrom, Muhammad Fadhil Zonis dan Mohd Akmal Nazimi Jusena terlepas pingat gangsa selepas tewas kepada Hong Kong dengan catatan 44.341 saat berbanding 43.507 saat.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia gagal mengulangi pencapaian gangsa di Hangzhou 2022 menerusi Ridwan, Fadhil dan Umar Hasbullah, sekali gus menjadikan perak trio wanita sebagai satu-satunya pingat negara dalam acara pecut berpasukan di Izu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×