Haram perbuatan mengkafir sesama Islam - Utusan Malaysia

Haram perbuatan mengkafir sesama Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 4 Disember 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Majlis Raja-Raja memperakukan sesiapa yang menuduh atau menganggap orang lain yang beragama Islam sebagai kafir, adalah melakukan perbuatan haram dan hendaklah bertaubat kepada Allah disamping perlu menghentikannya dengan serta merta.

Serentak dengan itu, Majlis Raja-Raja dalam sidangnya ke-133 di Istana Negara juga mengarahkan Perdana Menteri supaya mengambil tindakan tegas berhubung dengan isu itu bagi mengelakkan perpecahan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 4 Disember 1977 – Dua peserta Malaysia, Lim Yit Aun dan Lim Yit Sun adalah di antara lima orang peserta lain yang berjaya mencatat rekod baru di Kejohanan Renang Jemputan Sekolah-Sekolah Antarabangsa di Hong Kong.
  • 4 Disember 1982 – Seramai 46 orang penumpang termasuk empat kakitangan kapal terbang MAS MH121 yang dijadualkan berlepas dari Ipoh ke Kuala Lumpur gempar apabila dikatakan terdapat sebutir bom berada dalam kapal terbang tersebut dan akan meletup.
  • 4 Disember 1983Bekas juru azan di sebuah masjid di Kuala Lumpur, M. Rajoli telah dipilih memegang watak kadi dalam sebuah filem arahan Omar Rojik berjudul “TALAK“, keluaran Sabah Film.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya