fbpx

Tentera New Zealand berundur dari Malaysia

Pada 27 November 1972, Utusan Malaysia melaporkan New Zealand akan mengundurkan tenteranya dari Malaysia dan Singapura berikutan kemenangan Parti Buruh (Pembangkang) dalam pilihanraya umum negara itu.

Pemimpin parti tersebut, Norman Eric Kirk yang bakal menjadi Perdana Menteri akan berusaha untuk mengundurkan askar New Zealand yang berpangkalan di Malaysia dan Singapura di bawah Peraturan Pertahanan Lima Negara (Singapura, Malaysia, New Zealand, Australia dan Britain).

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 27 November 1972 – Sebuah syarikat bumiputera, Johor Fibre Glass akan menjalankan perusahaan membuat topi keledar dan lain-lain alat di kawasan perindustrian Tanjung Agas tidak lama lagi dengan modal permulaan sebanyak RM100,000.
  • 27 November 1973 – Satu rang undang-undang bagi membenarkan pemindahan organ dan tisu manusia telah dibentangkan di mesyuarat Parlimen yang bermula hari ini.
  • 27 November 1983 – Bintang handalan dari Brazil, Zico, telah dipilih sebagai ‘pemain bola sepak terbaik dunia 83‘ dalam satu undian yang dianjurkan oleh majalah ‘World Soccer‘ baru-baru ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN