Pasukan Petugas urus pentadbiran tanah ditubuhkan - Utusan Malaysia

Pasukan Petugas urus pentadbiran tanah ditubuhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 19 September 1973, Utusan Malaysia melaporkan pengumuman Pemangku Perdana Menteri, Tun Hussein Onn mengenai penubuhan Pasukan Petugas untuk menjamin pelaksanaan segala aspek pentadbiran tanah di negara ini.

Beliau berkata: “Tanah bukanlah satu perkara yang boleh diberi dengan mudah, ia melibatkan soal politik, ekonomi dan sosial”. Menurut beliau lagi, penubuhan pasukan ini telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 19 September 1972 – 150 warganegara Malaysia telah diberi biasiswa Rancangan Colombo untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang di United Kingdom tahun ini.
  • 19 September 1973 – Setelah 10 tahun dalam Malaysia, Sabah berjaya memperbaiki kedudukan rakyatnya yang berbilang kaum kepada lebih bahagia.
  • 19 September 1983 – Para pengamal konsep Kumpulan Kawalan Mutu (QCC) yang terbaik dari Jepun akan berada di Malaysia untuk berkongsi pengetahuan dan bertukar-tukar pendapat dengan para pekerja di negara ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya