Kebakaran besar di Keramat - Utusan Malaysia

Kebakaran besar di Keramat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 3 September 1975, Utusan Malaysia melaporkan lebih 200 orang kehilangan tempat tinggal dalam satu kebakaran besar yang memusnahkan 80 buah rumah kediaman dan kedai-kedai di Pasar Baru, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Kebakaran tersebut berlaku sekitar jam 1.45 petang dan dianggap kebakaran yang paling besar tahun ini. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah kerugian dianggarkan hampir mencecah setengah juta ringgit.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 3 September 1973 – Daud Ibrahim berjaya mendapatkan pingat emas pertama Malaysia dalam acara lumba basikal 10,000 meter dalam masa 18 minit, 6.06 saat dalam kejohanan Sukan SEAP Ketujuh di Singapura.
  • 3 September 1974 – Tun Hussein Onn dilantik menjadi Ketua Whip Barisan Nasional manakala Tan Sri V. Manickavasagam sebagai timbalannya.
  • 3 September 1982 – Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mengajak orang ramai mengurangkan penggunaan susu pekat dalam usaha menstabilkan harga bahan tersebut selain salah satu langkah menjaga kesihatan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.