Kanak-kanak berusia lapan tahun antara tiga maut disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi

Kanak-kanak berusia lapan tahun antara tiga maut disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi

KEADAAN mangsa yang disyaki disambar petir di Sepang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Polis mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun adalah antara tiga yang maut disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, dua lagi mangsa iaitu lelaki tempatan berusia 16 dan 26 tahun.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk bedah siasat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa sebelum itu berteduh di bawah pokok disebabkan hujan sebelum disambar petir.

“Sebelum itu, ketiga-tiga mangsa berteduh di bawah pokok selepas membaiki sebuah kenderaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa klip video memaparkan tiga jasad yang sudah bertutup dengan kain batik terbaring di bawah pokok.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa berada di lokasi kejadian selepas kereta dinaiki rosak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini