Bakal Presiden Lebanon terbunuh - Utusan Malaysia

Bakal Presiden Lebanon terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 16 September 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kerajaan Lebanon hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa bakal Presiden, Bashir Gemayel telah terbunuh dalam satu letupan bom seberat 204 kilogram di ibu pejabat Parti Phalangists.

Gemayel merupakan penganut Kristian Maronite telah dipilih oleh Parlimen pada 23 Ogos lalu bagi menggantikan Presiden Elias Sarkis, mengetuai beberapa pasukan bersenjata Kristian dalam perang saudara 1975-1976 dan menentang gabungan pasukan bersenjata puak kiri Islam dan Palestin.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 16 September 1971 – Sebuah syarikat kontena kebangsaan gabungan PERNAS, MARA dan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia telah dibentuk bagi mengangkut barang-barang kontena melalui jalan raya.
  • 16 September 1972Tunku Abdul Rahman mengumumkan tentang hasratnya untuk mengosongkan kerusi Parlimen Kuala Kedah yang telah diwakilinya sejak tahun 1955.
  • 16 September 1973 – Pengarah M. Amin yang baru bertukar ke Studio Merdeka, Ulu Kelang sedang giat mencari gadis yang sesuai untuk memegang watak penting dalam filem arahannya ‘Penyamun Si Bongkok‘.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya