Singapura rancang Presiden dipilih melalui pilihan raya - Utusan Malaysia

Singapura rancang Presiden dipilih melalui pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 21 Ogos 1984, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew mengenai kerajaan negara itu sedang menyusun rancangan supaya Presiden dipilih melalui pilihan raya umum dan mempunyai kuasa untuk melindungi wang simpanan negara.

Presiden pada masa ini dilantik oleh Parlimen dan hanya memainkan peranan dari segi perlembagaan sahaja. Beliau juga mengumumkan rancangannya untuk bersara dalam masa lima tahun lagi tetapi belum menamakan penggantinya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 21 Ogos 1971Toh Puan Rahah, isteri Perdana Menteri menyeru wanita Melayu supaya menjadikan diri mereka pendorong yang handal, tetapi lembut dan halus dalam menjayakan dasar ekonomi baharu kerajaan.
  • 21 Ogos 1972 – Raja Perlis bertitah, penyakit jantung termasuk yang baru menyerang boleh dicegah jika rakyat mengamalkan cara hidup sihat.
  • 21 Ogos 1974 – Perenang wanita terkemuka dari Jerman Timur, Kornelia Ender berjaya mencipta rekod baharu dunia dalam acara renang 100 meter gaya bebas di Kejohanan Renang Eropah dengan catatan masa 56.96 saat.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN