Proton Saga tarik minat firma luar - Utusan Malaysia

Proton Saga tarik minat firma luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 5 Julai 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kereta pertama buatan Malaysia, Proton Saga, telah menarik minat sebuah firma kereta terkemuka Britain yang berhasrat untuk menempah 40,000 unit setahun buat permulaan.

Selain daripada syarikat British itu yang mempunyai kira-kira 100 pusat jualan, Austria dan beberapa buah negara ASEAN juga berminat terhadap Proton Saga yang akan mula dikeluarkan pada Julai tahun hadapan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 5 Julai 1979 – Menteri Besar Kelantan, Datuk Haji Mohamad Yaakub telah merasmikan perletakan batu asas bangunan Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).
  • 5 Julai 1982 – Syarikat Shell di Sabah dan Sarawak telah membelanjakan kira-kira RM2 juta sebagai biasiswa bagi melatih warganegara Malaysia untuk bekerja dalam industri petroleum.
  • 5 Julai 1983 – Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini menerima tujuh buah van ‘unit rakaman luar’ bernilai lebih RM8.2 juta dalam usahanya untuk meningkatkan lagi mutu rancangan penerbitan dalam negeri.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya