Filipina selamatkan pasukan bola sepak Olimpik Malaysia - Utusan Malaysia

Filipina selamatkan pasukan bola sepak Olimpik Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 Julai 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Filipina telah menyelamatkan aib skuad bola sepak Olimpik Malaysia sebagai pasukan yang akan mewakili negara Asia ke Sukan Olimpik di Munich bulan Ogos nanti.

Malaysia memperoleh kemenangan percuma (1-0) menewaskan Filipina akibat jaringan sendiri pemain negara tersebut empat minit sebelum tamat perlawanan sekaligus menjadikan pasukan kebangsaan sebagai bernasib baik dalam pertarungan kumpulan (A), di kejohanan Pesta Bola Merdeka malam tadi.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 15 Julai 1971 – Mara akan menimbangkan penubuhan sebuah studio kebangsaan sebagai satu langkah untuk meninggikan mutu pengeluaran filem-filem Melayu.
  • 15 Julai 1972 – Dua buah wakil pos akan dibuka di Pulau Pemanggil dan Pulau Sibu tidak lama lagi untuk memberi kemudahan kepada penduduk di kedua-dua pulau itu untuk membuat urusan pos.
  • 15 Julai 1975 – Kementerian Perumahan dan Kampung-Kampung Baru diminta mencatitkan nama “kawasan Sungai Petani” dalam senarai projek perumahan rakyat miskin yang dijangka akan dimulakan tahun depan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected] .

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya