Tokoh Pas masuk Berjasa - Utusan Malaysia

Tokoh Pas masuk Berjasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 5 April 1978, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan, Hassan Adli bersama Ustaz Amaluddin Darus dan beberapa orang bekas tokoh Pas mengisytiharkan dengan rasminya menjadi ahli Parti Berjasa.

Presiden Berjasa, Datuk Mohamad Nasir dalam satu sidang akhbarnya mengumumkan nama-nama mereka yang diluluskan permohonan oleh jawatankuasa agung parti tersebut. Berjasa yang mempunyai 11 orang wakil dalam DUN Kelantan selepas pilihan raya 11 Mac lalu akan mengadakan muktamar pertamanya pada awal Mei depan di Kota Bharu

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 5 April 1970 – Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Tan Sri Khir Johari melancarkan Majlis Penasihat Eksport Negara yang membolehkan kerajaan menyegerakan urusan dan mencari jalan bagi menolong kalangan persendirian meluaskan eksport.
  • 5 April 1975 – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie mengumumkan pembentukan unit khas polis khusus mengawasi dan membanteras kegiatan komunis dalam bandar atau “gerila kota”.
  • 5 April 1985 – Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew memuji Malaysia kerana menyediakan prasarana dan memiliki kestabilan politik yang baik untuk menarik kemasukan pelabur asing.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya