Negara hadapi krisis gula. - Utusan Malaysia

Negara hadapi krisis gula.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 11 Januari 1972, Utusan Malaysia melaporkan seluruh negara sedang menghadapi krisis harga gula berikutan tindakan pekedai menaikkan harga gula dan orang ramai berebut-rebut membelinya.

Kecuali di Perak, beberapa buah negeri pekedai telah menjual gula dengan kadar yang terbatas dan harganya pula tinggi. Dilaporkan harga gula telah naik daripada 40 sen ke 45 sen sekati dan pelanggan tidak dibenarkan membeli lebih daripada 10 kati.

Antara peristiwa lain yang menarik.

11 Januari 1973 – Sebuah syarikat bumiputera akan ditubuhkan untuk mengambil alih semua kilang memproses daun tembakau
kepunyaan Syarikat Malaya Tabaco (MTC) di seluruh Kelantan.

11 Januari 1976 – Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Tan Sri Hamzah Abu Samah mengesahkan adanya perbuatan penyeludupan
minyak tanah ke negara luar ekoran harga lebih tinggi berbanding di Malaysia hanya 81 sen segelen.

11 Januari 1979 – Syed Kechik Filem Production menawarkan juara Bintang RTM 78, M. Rizal untuk berlakon dalam filemnya
“Sumber Ilhamku”.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya