Gerakan Daoyai-Musnah dilancar - Utusan Malaysia

Gerakan Daoyai-Musnah dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 15 Januari 1977, Utusan Malaysia melaporkan Pasukan Keselamatan Malaysia menyeberangi sempadan Thailand untuk melancarkan gerakan bersama dengan tentera negara itu bagi menentang pengganas komunis di sepanjang kawasan perbatasan kedua-dua negara.

Gerakan yang diberi nama “Gerakan Daoyai-Musnah ini disertai kira-kira satu briged anggota tentera kedua-dua negara yang dikejarkan ke kawasan tertentu yang dijangka berlanjutan hingga tiga minggu. Berpuluh-puluh buah trak dan beberapa helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) digunakan untuk membawa anggota tentera bersama alat keperluan dari Kem Rimba Mas-Mas, Padang Besar ke kawasan yang ditentukan.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 15 Januari 1969
    Kerajaan Perak akan membuka 800 hektar tanah pada tahun ini di kawasan Hutan Perlop di bawah Rancangan Tanah Khas Belia.
  • 15 Januari 1972
    Malaysia diterima menjadi ahli Anggota Pertubuhan Perpaduan Rakyat Afro- Asia (AAPSO).
  • 15 Januari 1978
    Kerajaan mengambil keputusan menangguhkan tanaman padi di luar musim di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) melibatkan seramai 60,000 keluarga petani.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.