Pas keluar daripada BN - Utusan Malaysia

Pas keluar daripada BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 17 Disember 1977, Utusan Malaysia melaporkan Pas dengan rasminya mengambil tempat sebagai pembangkang di Dewan Rakyat.

Kesemua 13 Ahli Parlimen Pas di Dewan Rakyat termasuk Yang Dipertua Agungnya, Datuk Mohd Asri duduk di kerusi pembangkang walaupun parti itu mempunyai masa sehari lagi untuk memberikan keputusannya kepada Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN). Ia berkaitan pilihan kepada Pas untuk memecat ahlinya yang menentang Akta Darurat (Kelantan) atau parti itu terpecat dengan sendiri daripada BN.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 17 Disember 1968
    Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris mengumumkan Serdang sebagai kawasan perusahaan kecil.
  • 17 Disember 1970
    Majlis Gerakan Negara meluluskan Undang-Undang Pasukan Polis Bantuan 1970 yang menyatakan ia setaraf dengan PDRM.
  • 17 Disember 1977
    Timbalan Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah, Dr. Sulaiman Daud menyatakan sejak ditubuhkan pada 1956 hingga 1977, Felda sudah membuka sebanyak 372,514 hektar tanah untuk pertanian dan 23,162 hektar untuk perkampungan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya