Tunku Abdul Rahman lancar TV2 - Utusan Malaysia

Tunku Abdul Rahman lancar TV2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 17 November 1974, Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman merasmikan pembukaan bangunan TV Malaysia di Angkasapuri sekali gus melancarkan saluran kedua TV Malaysia.

Tunku Abdul Rahman berharap TV Malaysia akan memperbanyakkan siaran yang dapat mempereratkan perpaduan kaum.

Menurut beliau, sejak perkhidmatan TV Malaysia dilancarkan buat pertama kali pada 28 Disember 1963, ia telah mencapai banyak kejayaan dan kemajuan.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 17 November 1968
    Pengarah Nordin Ahmad dan Mat Sentul dari Studio Cathay Kris, Singapura sepakat mengarah bersama filem “Mat Lanun”.
  • 17 November 1970
    Perdana Menteri, Tun Abdul Razak menyatakan kerajaan akan menubuhkan Kompleks Kayu-Kayan Bukit Ibam seluas 80,937 hektar bagi memberi pekerjaan kepada pekerja Lombong Besi Rompin yang ditutup operasinya.
  • 17 November 1977
    Sebutir bom jangka meletup di bahagian tandas tingkat 14 bangunan Angkasaraya di Jalan Ampang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya