PETALING JAYA: Negara kehilangan seorang lagi tokoh penyiaran legenda apabila bekas juruhebah dan penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Allahyarham Mariamah Tijo, 76, dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini kira-kira jam 5 pagi tadi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pemergian Allahyarhamah sebagai satu kehilangan besar kepada industri penyiaran negara, khususnya kepada generasi yang membesar dengan suaranya di radio.
“Hari ini, kita kehilangan seorang tokoh legenda bersuara emas, Mariamah Tijo. Ramai membesar dengan suaranya.
“Dulu suara itulah antara yang setia menemani kita. Kini tinggal kenangan yang sukar dicari ganti,” katanya di X hari ini.
Allahyarhamah berkhidmat dengan RTM sebagai juruhebah dan penyampai radio sejak era 1970-an hingga 2006, satu tempoh panjang yang disifatkan penuh dedikasi serta jasa kepada dunia penyiaran tanah air.
Fahmi berkata, pada tahun 2024, beliau sendiri pernah menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada Allahyarhamah menerusi anaknya sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap warga media.
“Bagi pihak Kementerian Komunikasi, saya ucapkan takziah kepada seluruh keluarga dan sahabat handai Allahyarhamah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.
Allahyarham Mariamah meninggal dunia di PPUM Petaling Jaya, kira-kira jam 5 pagi tadi tadi. Berita pemergian Allahyarham Mariamah disahkan anaknya, Hatta Othman menerusi hantaran Facebook (FB).
Allahyarham Mariamah memulakan kerjaya dalam dunia radio pada 1972 dan menjadi antara suara emas RTM.
Antara segmen pernah dikelolakan arwah Mariamah adalah Sebutlah Dengan Betul, Nada Gurindam dan banyak lagi.
habis. – UTUSAN
Pakai gambar Allahyarham










