Bantuan selepas tragedi 13 Mei 1969 - Utusan Malaysia

Bantuan selepas tragedi 13 Mei 1969

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 25 Mei 1969, Tabung Bantuan Negara akan menjalankan empat rancangan bantuan jangka panjang bagi membantu mangsa-mangsa kekacauan di Ibu Kota baru-baru ini.

Bantuan tersebut ialah mengadakan rancangan rumah pangsa murah, menolong membina semula rumah-rumah mangsa yang terbakar dalam kekacauan dengan syarat mereka memiliki tapak rumah.

Rancangan ketiga ialah memberi bantuan pakaian dan buku-buku sekolah kepada anak-anak yang terlibat dan keempat ialah keutamaan diberikan kepada penjaja di emporium iaitu kepada yang kehilangan tempat berjaja. Bantuan kerusi, meja dan beberapa peralatan lain juga akan dipertimbangkan.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 25 Mei 1970
    Kerajaan digesa membina jalanraya sejauh 8 km bernilai RM650,000 menghubungkan Ampang dengan Pekan Ulu Langat untuk menarik lebih kemasukan pelancong.
  • 25 Mei 1972
    Sultan Perak memberi amaran perintah berkurung akan dikenakan berterusan di kawasan Sungai Siput jika penduduk tidak bekerjasama dengan pasukan keselamatan.
  • 25 Mei 1979
    Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan projek-projek di bawah industri minyak yang bernilai RM1,500 juta akan diwujudkan di Kerteh dan Paka Terengganu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya