Mereka bertemu ketika sama-sama memanjat tangga IPT. Pasangan yang menjadi bahan bualan dan cacian warga kampus sedikit masa lalu. Yang menjadi isu kontroversi ekoran kontradiksi ideologi. Akhirnya, mereka berjaya juga melepasi zaman kritikal itu dengan sempurna. Pertembungan yang tidak dirancang tapi berakhir dengan ikatan pernikahan. Benarnya kata-kata fuqaha, jangan kamu keterlaluan membenci seseorang kerana mungkin nanti dia akan menjadi insan yang paling kau sayang. Sejarah perkasihan mereka agak unik juga.…