Uji minda, fizikal dengan aktiviti dalaman

Uji minda, fizikal dengan aktiviti dalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIAP minggu, pasti ramai yang tercari-cari tempat untuk menghiburkan hati sambil melepaskan tekanan selepas mengharungi hari-hari yang memenatkan.

Baru-baru ini, saya bersama beberapa rakan sekerja berpeluang mengunjungi Game On Sports Hub yang terletak di pusat beli-belah 1 Utama.

Pusat permainan dalaman ini menawarkan pengalaman sukan interaktif menarik dan sesuai untuk setiap peringkat umur.

Tidak seperti taman tema tradisional, di sini pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti menghiburkan di samping mencabar fizikal dan minda mereka.

 

MINI GOLF
Bermain golf di padang mini bukan sahaja menguji kemahiran pemain malah memberikan keseronokan sambil bersaing dalam suasana santai.

Walaupun nampak mudah namun beberapa peraturan perlu dipatuhi untu keselamatan pemain.

Contohnya, kayu golf tidak boleh dihayun melebihi paras lutut untuk mengelakkan kecederaan manakala bola pula perlu kekal di atas lantai putting.

Aktiviti ini juga dapat membantu pemain memperbaiki koordinasi mata dan tangan.

Bagi ibu bapa yang ingin memperkenalkan sukan ini kepada si kecil, mini golf adalah pilihan terbaik kerana ia lebih mudah dan tidak memerlukan peralatan yang rumit.

 

THE FLOOR IS LAVA
Mengambil inspirasi daripada rancangan permainan kanak-kanak the floor is lava, di sini juga tersedia aktiviti yang sama.

Permainan ini memerlukan fokus, kelincahan dan keseimbangan yang tepat untuk memastikan pemain tidak ‘terbakar’ oleh lava.

Pemain perlu melintasi ratusan jubin lava berbentuk empat segi dan mengelak jubin berwarna merah kerana ia akan ‘menghilangkan’ mata nyawa.

Dalam permainan ini, keseimbangan pada kaki amat penting. Pemain perlu cekap dan bergerak pantas bagi menguasai permainan.

la kelihatan mudah namun aktiviti ini agak memenatkan dan mencabar fizikal. Permainan ini menjanjikan cabaran yang menarik dan sangat bervariasi.

GHOST SHADOW HAND
Beralih ke permainan seterusnya, ia dicipta khas buat mereka yang cekap dan mampu bergerak pantas.

Pemain perlu merampas batang cahaya di atas platform dengan sekelip mata.

Kecekapan dan kelajuan adalah kunci untuk menguasai permainan yang mendebarkan ini.

Apa yang membuatkan permainan ini begitu menarik adalah cabaran melawan masa.

Masa bergerak dengan pantas dan hanya mereka yang cekap dan mampu memanfaatkan setiap peluang akan mendahului permainan ini.

 

TORNADO KICK
Seterusnya, tornado kick adalah antara aktiviti yang mencabar keupayaan pemain dan menuntut keseimbangan antara kelajuan, ketepatan serta kekuatan.

Ia bukan sekadar bermain bola tetapi menguji refleks, kecekapan dan kemahiran pemain untuk menjaringkan gol dan mengalahkan pihak lawan.

Setiap tendangan perlu diatur dengan teliti untuk memastikan pemain dapat menembusi benteng lawan dan menjaringkan gol.

Aktiviti ini sesuai untuk mereka yang gemarkan sukan yang memerlukan kemahiran dan tumpuan.

Banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dicuba di pusat permainan ini.

Antaranya, shadowless kick, maze runner, beyond the sky dan dagger lee.

Luangkan masa hujung minggu di sini, rasai semua aktiviti yang disediakan dan ia pastinya berbaloi.

Secara keseluruhannya, dengan tarikan untuk semua lapisan umur, Game On Sports Hub adalah destinasi yang paling sesuai untuk keseronokan seisi keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×