Cabaran cantik dalam 21 hari - Utusan Malaysia

Cabaran cantik dalam 21 hari

AHC turut menampilkan krim antipenuaan dua dalam satu, Age Defense Real Eye Cream for Face untuk membantu wanita merawat mata dan wajah secara menyeluruh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mere­a­lisasikan impian wajah idaman, jenama penjagaan kulit estetik dari Korea, AHC menampilkan kempen global mempromosikan rawatan diri dan kesihatan secara holistik, bertemakan Better in 21.

Pengurus Pemasaran AHC SEAA, Stephanie Ko berkata, kempen itu bertujuan membantu wanita memulakan perjalanan rawatan diri dan menemui kembali kegembiraan dalam perawatan kulit.
Stephanie berkata, kecantikan bukan satu destinasi, tetapi satu perjalanan transformasi yang indah.

“Justeru, apabila wanita meluangkan masa melakukan rawatan diri dan melihat hasilnya, mereka akan lebih menyayangi diri, seterusnya bermotivasi terus melakukannya,” katanya.

Kempen itu, katanya, bertujuan memberi peluang dan menggalakkan tabiat penjagaan diri dalam 21 hari dengan rangkaian produk penjagaan kulit berkesan, secara menyeronokkan.

“Better in 21 bukan sekadar mengenai kulit seseorang, tetapi berkenaan rawatan diri holistik yang akan membuat seseorang itu lebih menyayangi diri sendiri,” katanya.

 

Kekal jelita dengan ramuan produk hebat.

INOVASI

Serentak kempen itu, AHC turut menampilkan krim antipenuaan dua dalam satu, Age Defense Real Eye Cream for Face untuk membantu wanita merawat mata dan wajah secara menyeluruh.

Produk antipenuaan baharu itu diperkenalkan sebagai langkah penjagaan kulit utama dalam kempen global Better in 21.

Inovasi terbaharu itu terbukti secara klinikal membantu memperbaiki tujuh jenis kedutan dalam tujuh hari untuk mengekalkan keremajaan kulit.

“Krim itu diperbuat daripada ramuan unik gold peptive yang boleh digunakan sebagai krim mata dan pelembap wajah, sekali gus memberikan pertahanan penuaan secara menyeluruh.

“Ia turut berkesan dalam membantu memberi ketegangan, keanjalan dan mengurangkan garisan halus serta kedutan dalam tujuh hari,” katanya.

Produk dalam tiub keemasan itu turut berupaya meningkatkan penghidratan dan keanjalan kulit.

Ramuan dihasilkan melalui teknologi micro emulsi ultra halus dan dipatenkan AHC itu dapat membantu memberikan penyerapan serta kesan antipenuaan lebih baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN