Undang artis seberang mahu perkaya ekosistem - Pengajur RIUH - Utusan Malaysia

Undang artis seberang mahu perkaya ekosistem – Pengajur RIUH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan menampilkan kumpulan muzik dari Indonesia, Efek Rumah Kaca, dalam acara Rock’n RIUH Benor di Ipoh minggu lalu bertujuan memperkaya ekosistem industri kreatif tempatan.

Pengurus Pemasaran dan Promosi RIUH, Falliq Effendy berkata, agensinya, MyCreative Ventures, bagaimanapun kekal mengutamakan peluang kepada penggiat seni tempatan untuk mengetengahkan bakat masing-masing.

“Keutamaan kami adalah untuk terus menyediakan ruang dan peluang kepada penggiat kreatif tempatan untuk mengetengahkan bakat dan karya serta mengembangkan jaringan serta berhubung dengan masyarakat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa sama, kami percaya pendedahan kepada kepelbagaian muzik, seni dan kreativiti dari dalam serta luar negara memainkan peranan penting dalam memperkaya ekosistem industri kreatif tempatan,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Falliq mengulas kritikan orang ramai mempersoalkan penggunaan dana kerajaan bagi membiayai persembahan artis luar negara, yang didakwa bertentangan dengan mandat MyCreative Ventures untuk mengutamakan penggiat seni tempatan.

Sebelum ini, festival yang berlangsung selama tiga hari di Bulatan Sultan Azlan Shah itu menampilkan pelbagai aktiviti seni, termasuk lebih 30 persembahan muzik dan kesenian yang hampir keseluruhannya diterajui bakat tempatan.

Efek Rumah Kaca pula mengisi slot persembahan pada hari terakhir festival berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini