Syukur atas sekecil-kecil perkara, banyak rezeki Allah kurniakan dalam pelbagai bentuk - Anzalna Nasir - Utusan Malaysia

Syukur atas sekecil-kecil perkara, banyak rezeki Allah kurniakan dalam pelbagai bentuk – Anzalna Nasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terus menyebarkan kebaikan, pelakon, Anzalna Nasir menasihati orang ramai agar melatih diri untuk mulakan hari dengan positif dan menghargai setiap hal kecil yang berlaku dalam kehidupan.

Menurut Anzalna, memiliki segalanya bukanlah pengukur kebahagiaan seseorang, sebaliknya cukup dengan menghargai luasnya rezeki yang telah dikurniakan Sang Pencipta dari pelbagai sudut

“Bangun pagi ini dengan senyuman lebar di wajah. Apabila kita memilih untuk bahagia dan sentiasa bersyukur, walaupun atas sekecil-kecil perkara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan sedar betapa banyak rezeki yang Allah kurniakan kepada kita dalam pelbagai bentuk, malah kadangkala melalui cara yang tidak pernah kita sangka.

“Kadangkala, kebahagiaan bukanlah tentang memiliki segala-galanya. Sebaliknya, ia tentang menghargai apa yang telah Allah kurniakan dan mensyukuri setiap perkara kecil dalam kehidupan,” katanya di Threads.

Tambah Anzalna, cara pandangan seseorang itu akan mula berubah apabila sudah terbiasa melatih diri menghargai akan sekecil-kecil nikmat yang telah dikurniakan.

“Tanpa disedari, kita akan mula melihat betapa banyaknya nikmat yang sebenarnya sudah kita miliki dan patut disyukuri,” kongsinya.

Rata-rata warganet bersetuju dengan pesanan halus pelakon drama Memori Cinta Suraya itu yang secara langsung turut mengingatkan orang ramai untuk terus fokus dengan rezeki yang sudah terhampar di depan mata.

“Alhamdulillah, setuju sangat. Kehidupan akan menjadi baik seperti mana yang kita sentiasa fikirkan. Sebarkan kasih sayang dan kebaikan ke mana sahaja kita pergi,” komen seorang netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×